Ahad, 17 Julai 2011

PANDUAN MEMILIH PASANGAN HIDUP MENGIKUT ISLAM
PERASAAN cinta adalah satu fenomena biasa kepada semua orang. Cinta adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang memerlukan cinta dan cinta merupakan sesuatu yang halus dan perlu untuk hidup. Setiap orang yang bercinta mengharapkan untuk dan hidup bersama. Jesteru itu sebelum kita menjalin hubungan cinta suci kita perlu memberikan perhatian terhadap beberapa panduan yang digariskan oleh agama dalam memilih pasangan hidup. Jika kita tersalah pilih maka hidup kita tidak akan bahagia.

Lazimnya masa ini perkahwinan adalah lanjutan daripada menifitasi cinta yang telah terjalin. Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup di antara lelaki dan perempuan. Pasangan yang berkahwin akan berkongsi hidup, anak-anak, harta benda malah segala yang berkiatan dengan pasangan kita. Jesteru itu sebelum kita memilih sesaorang untuk menjalin hubungan cinta maka kita perluteliti dan mempertimbangkan semasak-masaknya.

Agama Islam telah memberikan beberapa garis panduan dalam usaha kita untuk memilih pasangan hidup. Semoga dengan mengikuti panduan memilih pasangan mengikut agama akan memberikan kita kebahagian hidup yang hakiki. Mengikut agama calon yang bakal kita pilih untuk berkongsi hidup mestilah seorang yang baik dan mempunyai pengetahuan tentang agama dan mengamalkannya dengan baik. Biasanya mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan mengamalkan ajaran agama akan mempunyai budi pekerti yang baik kerana agama Islam menggalakkan umatnya berakhlak mulia.

Syarat pertama ini amat penting untuk menjamin kebahagian dan keutuhan rumah tangga yang bakal dibina nanti. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud,” Jangan kamu kahwini sesaorang wanita itu kerana kecantikannya. Kerana mungkin kerana kecantikannya akan membawa kerosakan kepada mereka sendiri. Dan jangan kamu kahwini mereka kerana mengharapkan harta kekayaannya. Kerana mungkin harta kekayaan itu menyebabkan mereka sombong. Tetapi kahwinilah mereka kerana dasar agama. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam kulitnya adalah lebih baik jika dia beragama.” (Riwayat Baihaqi)

Sabda baginda Rasulullah lagi, “ Sesaorang wanita itu dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah yang bertanggungjawab terhadap agamanya. Kerana hal itu tentu akan menyenangkanmu.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Kedua-dua hadis yang tersebut menekan kepentingan agama pada diri seorang wanita jika dibandingkan dengan kecantikan, atau harta kekayaan yang ada pada dirinya. Ini kerana wanita solehah adalah harta yang paling berharga di dunia ini, sebagaimana kata Amar bin Ash, salah seorang sahabat baginda Rasulullah, “Dunia ini adalah harta. Dan sebaik-baik harta dunia ialah wanita yang soleh.” (Riwayat Muslim)

Firman Allah Azzawajjala dalam surah An-Nisa ayat 34: “Wanita yang soleh itu ialah wanita yang taat kepada Allah dan suaminya, serta memelihara hak-hak suaminya sewaktu suaminya tidak bersama.”

Walaupun agama harus diberi keutamaan dalam pemilihan pasangan tetapi tidak bererti paras rupa tidak perlu diperhatikan kerana naluri semulajadi manusia suka kepada sesuatu yang indah dan cantik. Jesteru itu agama Islam memberikan izin sesaorang untuk melihat wajah calon suami/isteri sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Sebagaimana sabda baginda Rasulullah, “Apabila Allah S.W.T. telah meletakan rasa cinta pada diri sesaorang di anatara kamu, maka lihatlah wanita pilihanmu itu. Kerana yang demikian akan lebih jelas lagi dan dapat menimbulkan kerukunan di antara kedua suami isteri tersebut.” (Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi dan An-Nisa).

1 ulasan: