Selasa, 12 Julai 2011

PENGERTIAN PERKAHWINAN

DI PETIK DARI JOMKAWIN.COM

Perkahwinan adalah merupakan satu ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan.Ia dilakukan melalui akad nikah yang sahuntuk membolehkan orang yang berkahwin tadi menjalani kehidupan bersama.Perkahwinan telah disyariatkan adalah bertujuan untuk membolehkan manusia menyambung keturunan mereka melalui cara yang halal untuk kebaikan di dunia dan akhirat.Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:“Wahai manusia!Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu(Adam)..Dia(Allah) menjadikan dari diri Adam dan isterinya dan telah mengembang biak dari kedua-duanya ramai lelaki dan 
perempuan”

Konsep perkahwinan dalam Islam

Dalam Islam,perkahwinan adalah suatu ibadah dan sunnah Rasulullah SAW yang mana merupakan suatu daripada tuntutan fitrah manusia.Kelebihan orang yang berkahwinan adalah mereka dapat mengatur kehidupan dengan lebih baik dan sempurna serta penuh tanggungjawab.Mereka inilah merupakan hamba yang telah berjaya menjalankan amanah yang diberikan dengan sempurna,iaitu sebagai khalifah Allah yang menjalankan dan mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.Orang lelaki merupakan ketua keluarga.Dia juga bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya.Segala perbuatan yang telah dilakukan bertujuan untuk menjaga keperluan dan kesejahteraan keluarganya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.Perkahwinan juga merupakan sunnah Rasulullah dalam usaha baginda untuk mengatasi masalah social yang berlaku di dalam masyarakat,seterusnya melahirkan individu serta masyarakat yang soleh.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perkahwinan adalah sunnahku,barangsiapa membenci sunnahku ,maka dia bukan dari golongan aku”Allah SWT telah menciptakan manusia di atas suatu fitrah ingin hidup berpasangan,berkasih saying,bahagia serta dapat memenuhi tuntutan syahwat melalui jalan yang halal.Maka fitrah tersebut dapat dilaksanakan melaui ikatan perkahwinan yang sah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan